On the very first day,
Aku buka paip air. Air mengalir dan masuk ke dalam lubang di atas lantai. Aku jirus-jirus jamban. Tiba-tiba, seekor lipas bersaiz standard lipas dapur keluar dari lubang tadi.Aku tembak lipas tu dengan air paip. "Lek ah, lipas je kot". Lipas itu pun lari menyelamatkan diri ibarat lipas kudung. Aku mula nak start bisnes. Seminit kemudian, lima, enam ekor anak-anak lipas bertempiaran lari keluar dari lubang tadi. Aku terkejut. "Mak ai, tak boleh jadi ni". Aku pun blah. Gagal bisnes aku. BHAHAHAHAH. Begitulah sedikit sebanyak apa yang terjadi semasa hari pertama aku masuk u. Aku sebenarnya ada banyak benda nak tulis tapi ada banyak kekangan. Lebih-lebih lagi masa. Dan peralatan. Aku takde laptop, nak online susah gile. Haritu aku pergi library. Survey library, konon :P . Nampak aje komputer, terus melabuhkan punggung di kerusi yang sedap tu dengan harapan dapatlah online. Memang dapat online, tapi sambil menyumpah-seranah dalam hati. Aku klik sekali, tunggu lima min...