Posts

Showing posts with the label falasi

Dua hari lalu

Dua hari lalu, kau buatkan aku seakan dilambung-lambung di antara langit dan bumi. Aku seolah-olah terawang-awangan dan langsung aku terbayang-bayang dipermainkan perasaan sendiri. Namun, tidak sedikitpun kau sedar akan kesan dek kata-katamu itu. Malah, kau bangga dengan omong kosong yang kau ucap. Tanpa makna, tiada ketulusan. Pantas aku sedari bahawa aku hanyalah kekosongan yang diisi saat ruang lain sudah dipenuhi. Kini, aku mati akal memikirkan asbab perbuatanmu terhadapku. Untuk itu, aku kembali membencimu.

Untuk malam ini sahaja #9

Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Malam ini Biarlah walau kata-kataku hanya helah untukku menyampaikan prosa Yang aku atur susunannya agar tidakku dipersoal Tentang kemuliaan dan hak ideaku. Taulan, Malam ini Kau dan aku punya satu perasaan yang serupa Tetapi jangan kita khuatir Terhadap suatu baris kata yang kita bina Lengkap bersaksikan gambaran impian dan harapan Dalam hati-hati kita. Malam ini Aku suka kau dan aku masih seperti dulu Kau masih releven dengan bicaraku Dan aku masih mengiyakan kata-katamu Namun kita langsung tidak tersekat pada masa lalu. Taulan, Malam ini Izinkan aku mengatakan sejujurnya Bahawa aku sudah langsung lupa tentang kegagalanku Kerana aku lebih daripada tahu Kau enggan memperingatkanku akan duka lalu. Sizurya, Seremban, 15 September 2017.     P/s : Mungkin siri #10 adalah antara yang istimewa. Kita nantikan apa yang bakal jari-jemariku terjemahkan.

Untuk malam ini sahaja #8

Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Deruan hujan bukanlah titisan Kerlipan kilat bukanlah mentari Dentuman guruh sekadar peneman. Malam ini Kurasakan ruang-ruang kosong yang mengisi hati semakin jelas tiang-tiang serinya Bilik-bilik suram yang menghuni teratak jiwa tiada berpenunggu Alur-alur yang bertampungkan habuk dan debu Nyata terdiam kaku. Malam ini Kusedari lengkok-lengkok hidup ini kian berpusar pada satu paksi Jalan ini bukanlah lurus lagi malah bersimpang-siur Sesat tanpa pedoman dan pimpinan. Malam ini Kuharap esok kan ketemu dikau yang jauh Kan kukenali dikau yang misteri Kuhadiahi pena buat mencoret Sebaris hikmah rindu dalam warkah sayu Pada yang mengerti. Syzurya, Seremban, 4 Mei 2017; 2.47 pagi.

Untuk malam ini sahaja #7

Image
Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Kini di kejauhan Rinduku membuku Naluriku merayu Cintaku menyubur Padamu di tanah tumpah darahku. Ruang-ruang kosong Yang tercipta di celahan masa Alur-alur kecewa Yang melalui sisipan hari kita Semakin terubat hendaknya. Namun janganlah Sedikitpun hujahku tidak kau endah Hati kecilku pinta diambil kisah Apakah sebenarnya sukar dan susah Dari dulu kasih dan sayang kau curah Kuharap kan kekal terserlah. Ballyrisode, Ireland, 8 April 2017.

Siapakah itu

Puisi lama bacaan kegemaranku. Akhirnya kutemu kembali setelah sekian lama. Siapakah itu Yang mengetuk pintu hati Yang memberi salam pertama Siapakah itu Yang menguntum senyum di bibir Yang mengukir kata manis Siapakah itu Yang berlari di kaki langit Yang menantiku di sebalik tirai pelangi. - Jihan

Untuk malam ini sahaja #6

Image
Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Tetapi malam ini Bukan bicara yang ingin aku luahkan Bukan kata-kata yang ingin aku hamparkan Biarkan air mata ini berguguran Untuk malam ini sahaja. Sayang dan cintanya aku pada persahabatan ini Tidak sekali-kali dapat aku ungkapkan dengan perkataan Walau dengan bingkisan dan juga pesanan Wahai sahabat, wahai teman Kita sememangnya sehaluan. Siapakah yang mahu kehilangan momen-momen indah Saat kita suka Hinggakan putih kapas awan serta biru suci langit pun Mampu mengukir senyum dan tawa Pada riak kita. Hidup ini, sahabatku, umpama roda Aku tidak pinta kau memahamiku Kerana aku sedar terhadnya pemahaman manusia Aku cuma mahu Kau sedar saat kita berduka Bahu ini ada untukmu. Sudah sejauh ini Kita berlari Dalam langkah yang sama Kau dan aku Sudah tidak ada beza. 26 Mei 2016, Serdang.

Katakan sahaja wahai sahabat

Katakan sahaja wahai sahabat Segala yang terbuku di hatimu Luahkan sahaja wahai sahabat Apa yang sekian lama bertamu Usah memendam wahai sahabat Masa berduka sudah berlalu Wahai sahabatku, Tatkala tinta ini mengalir dari mata pena, Apakah kau tidak merasa, Waktu kita lalui bersama, Apakah kau tidak merindui, Saat kita bersuka ria. Kembalilah wahai sahabat, Kembalikan sahabatku yang dulu, Yang hari-harinya subur dengan tawa Dan leka dengan gembira. Aku gundah Fasa hidup ini yang memisahkan kita Akan kekal selama-lamanya. 18 Mac 2016, Serdang.

Untuk malam ini sahaja #5

Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Berseorangan Tahun-tahun yang berlalu Waktu kita masih samar-samar Tentang apa yang bakal berlaku Hari esok Aku perhati Kau sentiasa di situ Menantikan kelopak Zulaikha Gugur di atas riba Mungkin aku naif Akan erti hibamu ketika itu Namun, sayangku, Sudahlah, Aku siapkan bahu ini untukmu. Kesatlah air mata dan keringat Kaca ini yang selalu di sini Pinta dianggap bak sebutir permata Ironi sekali. ------------------ Is it weird for me to think that no matter how differently you and I see things, we always concluded them in a similar way? P/s : Chances, dear. Just let me have one already.

Untuk malam ini sahaja #4

Image
Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Apabila kita dikhabarkan tentang sesuatu, Sesuatu yang berkaitan dengan cinta, Apakah reaksi paling sesuai? Benarkan aku berbicara Tentang cinta yang bagiku tidak pernah hadir Kerna tanpa sedar Benar aku jahil. Tetapi, Cinta apa yang kita perkatakan ini? Terhadap apa? Atau siapa? Mungkinkah Tuhan hadirkan cinta Melalui perbualan kita Hari-hari yang kita lalui Antara senggang masa Di celah-celah langkah Namun Cukuplah Tuhan hadirkan kau sebagai sahabat Di sebalik kata dan nasihat Biarlah terpahat Walau gurau dan senda aku terpikat Hati ini akan ku sekat. 18 Disember 2015, Seremban.

Untuk malam ini sahaja #3

Image
Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Ini malam minggu Lalu lintas hidup Malam tidak serupa malam Hingar-bingar Bertemankan bunyian. Benarkan aku berbicara Tatkala paradoks ini ku rasai Dalam keheningan malam Aku terfikir Waktu semalam kita tidak bersama Aku kehilangan kau Dalam selok-belok masa lampau Aku tercari Kau dalam sepi Andai ada esok untuk kita Mungkinkah kita bersama Meniti hari mengisi detik Seiring dalam persepsi Bukan elegi. 6 Disember 2015, Serdang.

Untuk malam ini sahaja #2

Image
Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Langkah yang kau tidak ambil awal hari itu Mula menunjukkan kesan hari ini Maka hadapilah dengan tenang dan berani, Jiwa muda. ----------- I saw the look in your eyes You were hell frightened Forgive me for this mistake We are about to commit I am diffident to ask of your favour Please be here when I lead this mistake Your presence is all that keeps me going. P/s : It's saddening when people would not give you a second chance. I truly feel everyone deserves a second chance to fix their mistake.

Untuk malam ini sahaja

Image
Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Jangan biarkan aku keseorangan Aku tahu ini ujian Namun aku tidak mampu lagi Untuk berdiri sendiri Tanpa bisikan berupa panduan. Aku sifatkan ini perkara sukar Aku masih belajar Tetapi aku tidaklah seteguh Bintang di langit Yang sering menanti dan menemani Menyeri kata-kata hikmat. Benarkan aku berbicara Kerana aku penat Tanpa rela menghadap duri Untuk malam ini sahaja.

"Terkadang hidup hanya mempertemukan, bukan menyatukan," Atikut.

Baharu sahaja mentari berlalu meninggalkan jejak di kaki langit saki-baki cahaya dan sinar sedia temani kelamnya malam. Jika hidup sudi pertemukan memadai andai kita fahami masa bukan kepunyaan kita persimpangan ini kita lalu cukup tanpa perlu kita bersatu. Walau tanah yang kita pijak berbeza walau hari-hari yang kita lalui tidak sama aku masih di sini menanti satu ungkapan sekadar ingatan di kejauhan. Sizurya, 22 Ogos 2015

Terpateri

Seberapa pantas manapun masa meninggalkan kita mungkinkah terlintas di fikiran untuk engkau mengingatiku di suatu sudut bingit hidupmu  Seberapa sukar manapun untuk kau peruntukkan masa menghela dan menghembus nafas tidakkah terbayang di minda kenangan kita cipta di titian usia Kelak andai kau selak lembaran masa lalu aku harap kau temui aku yang setia menanti terabadi dalam memori. Sizurya, 2 Ogos 2015.

Nurul Islam

Assalamualaikum. Tegakkan benang-benang yang basah itu Urat-urat yang menipis Raut demi raut Helai demi helai Selak satu persatu Dirikan dengan paksi yang teguh Dalam definisi kau Walhal seluruh alam bersorak Menjadi saksi Bodoh tak bodoh Kau persiakan Akal ciptaan Ilahi. Sedar tak sedar Kita sedang hidup dalam alam sekular. P/s : "Kamu jangan ambil alih kerja Tuhan" - Ustaz Farid Ravi.

Hujan di bumi Serdang II

Image
Assalamualaikum. Lama x ber-haiku. Adapun hujan Badai sudah berhenti Pelangi tiba. Adapun waktu Langit gelap-gelita Datang mentari. Adapun ribut Ini sebentar saja Janganlah risau. Adapun guruh Bunyinya dentum-dentam Tenangkan hati. Adapun takut Tenangkan jiwa raga Allah kan ada. Mari ke sini Mungkin hatiku gundah Temankan aku. P/s: baca di luar konteks minda.

Pantun 2 Kerat

Image
Assalamualaikum. Batang besi batang paku, Dulu hati mudah terpaku. Pisang kuning pisang emas, Kini jasad mudah rimas. Hai kekacang tumbuh melata, Mudah berkata rumit dikota. Ikut jalan jangan terpesong, Ligat kau sembang kosong.  Mari kita main dengan perasaan.     P/s : Then that means, I care no more.

Hujan di bumi Serdang

Image
Assalamualaikum.  Suatu ketika Tuan Empunya Membidas-bidas angin dan bayu Melaga-lagakan titisan hujan Bersembunyilah hai mentari Selamat kau bukan di sini Jangan mimpi nak bertemankan rembulan malam ini Bulan sudah bertempiaran lari Malam ini kita sendiri Sunyi dan sepi. P/s : Inshaa Allah kita selamat daripada ribut dan taufan.

Mengapa begini?

Assalamualaikum. #GE13 Mengapa begini sahabat? Kita ada akal Kita semua ada akal Malangnya, dengan dangkal Kau sia-siakan akal Kau lupakan asal Kau lalaikan perihal Kau timbulkan hal Engkaulah punca Apa kau dapat? Kemudian Kau carik-carik aksara dari cebisan kata sumpah Kau gulung-gulungkan Kau tunggang-terbalikkan Kau susun ikut binasanya rasa Kau alpa matinya kata hati Apa kau dapat? Langsung Mereka bertelingkah Mereka pecah amanah Mereka hiraukan siasah Mereka kejarkan bid'ah Mereka taburkan fitnah Apa kau dapat? Cerdik Kau atur bicara satu-persatu Kau tanam di bibir ruas-ruas tebu Kau tipu Tapi tipu kau laku Orang tak percaya itu palsu Semua anggap kau sekutu Kaulah kufu Kaulah sifu Percayalah Fakta akan bangkit Dikit-dikit Hak akan tergarit Mencicit Orang yang kau apit Lidah yang kau gigit Fitnah yang kau belit Helah yang kau selit Satu-persatu akhirnya Kau tercuit. p/s: dah mula rindu.

Malam ini bintang tak berkelip

Image
Malam ini sejuk Suram Kelam Gelap Malap. Malam ini sunyi Sepi Bosan. Malam esok? ------------------------------------------------ Kalau janji tak dapat ditepati, Kalau kata tak dapat dikota, Kalau bulan tak dapat dicapai, Kalau pelangi tak dapat digapai, Kalau sayang tak dapat dicurah, Kalau hati tak dapat diserah, Jangan bermimpi nak merasa, Jangan bermimpi nak berdiri, Jangan bermimpi nak berlari, Jangan bermimpi nak mengejar, Jangan bermimpi nak terbang. Sebab bintang tak layan tebu di bibir.  p/s : bintang yang tak berkelip lagi.