Duit
Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan saya hari ini? Perasaan pagi Ahad di Serdang sangat kosong dan membosankan. Malahan, hati bertambah berat mengenangkan 4 ujian pada minggu ini yang kesemuanya memerlukan pembacaan. Pagi ini saya dikejutkan dengan panggilan daripada Abah dan Mak. "Duit dah keluarkan ke?", tanya Abah. Ingin sahaja hati ini menjawab "Tak nak lah keluarkan, nanti habis beli entah apa-apa". Kasih sayang. Hmmmm. Aura emosional pagi ini mungkin kuat sedikit. ------------ Buka Instagram pagi ini terlihat post seseorang tentang duit. Keterpaksaan membeli buku berharga RM60 yang memang jarang digunakan tetapi ada online code untuk pembelajaran atas talian. Maka, ada pula yang memberi komen "Kalau pasal ilmu pun nak berkira". Perkara yang telah berlaku pada saya semester lepas. Ini bukan perihal berkira dalam hal ilmu. Ini perihal relevannya penggunaan buku tersebut yang memang sudah diketahui dibeli hanya untuk mendapatkan kod? Yang say...