Untuk malam ini sahaja #9
Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Malam ini Biarlah walau kata-kataku hanya helah untukku menyampaikan prosa Yang aku atur susunannya agar tidakku dipersoal Tentang kemuliaan dan hak ideaku. Taulan, Malam ini Kau dan aku punya satu perasaan yang serupa Tetapi jangan kita khuatir Terhadap suatu baris kata yang kita bina Lengkap bersaksikan gambaran impian dan harapan Dalam hati-hati kita. Malam ini Aku suka kau dan aku masih seperti dulu Kau masih releven dengan bicaraku Dan aku masih mengiyakan kata-katamu Namun kita langsung tidak tersekat pada masa lalu. Taulan, Malam ini Izinkan aku mengatakan sejujurnya Bahawa aku sudah langsung lupa tentang kegagalanku Kerana aku lebih daripada tahu Kau enggan memperingatkanku akan duka lalu. Sizurya, Seremban, 15 September 2017. P/s : Mungkin siri #10 adalah antara yang istimewa. Kita nantikan apa yang bakal jari-jemariku terjemahkan.