Untuk malam ini sahaja #3
Benarkan aku berbicara
Untuk malam ini sahaja.
Ini malam minggu
Lalu lintas hidup
Malam tidak serupa malam
Hingar-bingar
Bertemankan bunyian.
Benarkan aku berbicara
Tatkala paradoks ini ku rasai
Dalam keheningan malam
Aku terfikir
Waktu semalam kita tidak bersama
Aku kehilangan kau
Dalam selok-belok masa lampau
Aku tercari
Kau dalam sepi
Andai ada esok untuk kita
Mungkinkah kita bersama
Meniti hari mengisi detik
Seiring dalam persepsi
Bukan elegi.
6 Disember 2015,
Serdang.
Comments
Post a Comment