Katakan sahaja wahai sahabat
Katakan sahaja wahai sahabat
Segala yang terbuku di hatimu
Luahkan sahaja wahai sahabat
Apa yang sekian lama bertamu
Usah memendam wahai sahabat
Masa berduka sudah berlalu
Wahai sahabatku,
Tatkala tinta ini mengalir dari mata pena,
Apakah kau tidak merasa,
Waktu kita lalui bersama,
Apakah kau tidak merindui,
Saat kita bersuka ria.
Kembalilah wahai sahabat,
Kembalikan sahabatku yang dulu,
Yang hari-harinya subur dengan tawa
Dan leka dengan gembira.
Aku gundah
Fasa hidup ini yang memisahkan kita
Akan kekal selama-lamanya.
18 Mac 2016,
Serdang.
Comments
Post a Comment