mana lagi teruk : membunuh, dibunuh atau terbunuh?

irina pegi pc fair. aku nak balas balik apa kau cakap dulu.
"b*** la ko. dah nk pegi br nk ajak. kwn ape mcm ni. tolong aku weh. carikkan yg lain selain photoshop. hahahahhhah".

_________________________________________

dalam hidup ni kita sentiasa ada tiga pilihan.
pilihan pertama : me...
kedua : di...
dan ketiga : ter...

kadang-kadang kita manusia ni tersepit dalam situasi yang memerlukan kita membuat pilihan. persoalannya, pilihan apa kita buat? yang mana? takkan wujud istilah "maafkan aku, aku takde pilihan" atau "i had no choice, i had to do it" kalau kita sedar yang kita sentiasa ada pilihan. to make it simple, benda ni antara NAK atau TAK NAK je.

kalau NAK, kita mesti cuba sedaya upaya nak buat benda tu jadi. katalah, kau suka gila kasut ni, atau baju ni, mahal murahnya kau peduli apa, betul tak?

dan kalau dah TAK NAK, buat la apa2 pun mesti tak jadi. satu jiwa raga kau dah cakap tak nak, melutut merayu pun tak guna lagi dah.

berbalik kepada title. persoalannya kita nak jadi yang mana?
menipu, ditipu, tertipu? menjanji, dijanji, terjanji?

pilihan pertama : me...
orang yang suke 'me...' ni ada dua jenis.
satu - yang tak suka ketinggalan. dan dia tak peduli pasal orang lain. biar orang lain sakit asalkan dia tak.
dua - yang amat bertanggungjawab. biarlah dia yang menanggung risiko asal bukan orang lain. orang macam ni susah nak cari. one in a million pun entah jumpa entah tidak.

pilihan kedua : di...
orang 'di...' ni ialah mangsa si 'me...' tadi. kalau kata 'me...' ni tadi pembuli, maka 'di...' ni ialah mangsa buli tersebut. seelok-eloknya elakkan lah daripada jadi orang 'di...' sebab dia ni jenis yang tak ada pendirian, selalu ikut orang je.

pilihan ketiga : ter...
orang jenis ni sebenarnya tak terlibat langsung. kira mangsa keadaan lah. contohnya, si A ni nak curi dompet si B, tapi tetiba dia teraba poket si C. kesian. "seramai 12 orang awam telah terbunuh semasa pengeboman di lapangan terbang X di bandar XX pada haribulan XXX."

moral of the story : kuatkanlah jati diri masing-masing ye.

tapi, yang pasti, antara ketiga-tiga pilihan tu, kita MESTI kena salah satu.
dalam kata lain, antara membunuh, dibunuh atau terbunuh, mati jugak akhirnya, kan?

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

May was a total disaster