Posts

Showing posts from May, 2016

Untuk malam ini sahaja #6

Image
Benarkan aku berbicara Untuk malam ini sahaja. Tetapi malam ini Bukan bicara yang ingin aku luahkan Bukan kata-kata yang ingin aku hamparkan Biarkan air mata ini berguguran Untuk malam ini sahaja. Sayang dan cintanya aku pada persahabatan ini Tidak sekali-kali dapat aku ungkapkan dengan perkataan Walau dengan bingkisan dan juga pesanan Wahai sahabat, wahai teman Kita sememangnya sehaluan. Siapakah yang mahu kehilangan momen-momen indah Saat kita suka Hinggakan putih kapas awan serta biru suci langit pun Mampu mengukir senyum dan tawa Pada riak kita. Hidup ini, sahabatku, umpama roda Aku tidak pinta kau memahamiku Kerana aku sedar terhadnya pemahaman manusia Aku cuma mahu Kau sedar saat kita berduka Bahu ini ada untukmu. Sudah sejauh ini Kita berlari Dalam langkah yang sama Kau dan aku Sudah tidak ada beza. 26 Mei 2016, Serdang.