Saturday, January 22, 2011

sarcasm


hahah technology hunters :)

Aku ada sorang kawan ni. Dia ni pompuan. Pure pompuan. Boleh kata ayu gak la. Tapi alkisahnya, dulu dia ni kasar. Kasar yang amat. Kalau kau cakap dengan dia macam cakap dengan lelaki. Lagi kasar daripada lelaki tapi kasar dalam kategori pompuan. Tapi nasib baik dia ni pakai tudung. Kalau tak, tambah la lagi seekor kaum Adam tak bertauliah. Hahah.

Sebab utama dia jadi pompuan yang pure ialah dia masuk sekolah campur masa form 4 dulu. Logik kan?

Aku ingat lagi dua tiga tahun dulu. Petang. Aku lepak dengan dia dekat taman permainan. Kitorang borak-borak pasal benda-benda biasa. Aku tak ingat apa skrip aku waktu tu. Tapi apa yang aku cakap tu dia sangkal dengan dua patah perkataan yang kalau ram otak aku ni masih muat, sampai ke tua aku ingat.
Dia cakap, "abah kau".

Bukan offence lah, tapi mak oi kasar gila. Hahahah :D

p/s : tertipu tak dengan image atas sekali ni? hahahah sori lah, hari ni aku gila sikit :D

No comments:

Post a Comment