Sunday, April 3, 2011

makna

techno world :)

hari ni aku nak ajar kau makna. makna apa? makna perkataan. ada satu perkataan yg kau patut ingat. jgn sesekali lupa, buat2 lupa, tak pun tak amik peduli. ingat ni, bukak mata kau terang2, bukak hati kau luas2. aku tak perlukan telinga lagikan mulut, aku cuma perlu mata dan hati yg ikhlas.


apa maksud hargai?
kata dasarnya drpd perkataan harga. kalau ikut kamus dewan edisi ketiga, hargai membawa makna hormati, memuliakan.

kau tau bila nak praktikkan perkataan ni?
aku rasa tak. tak pe, meh aku ajar lg. kita guna perkataan ni bila kita rasa bersyukur sebab orang tertentu dah tolong kita.

siapa orang tertentu tu?
tak kisah la sesapa, orang dekat ke jauh.

macam mana nak hargai orang tu?
pertama, kau ucap terima kasih kat dia. kedua, kau layan dia elok2 sebab dia dah tolong kau. tapi, bukan bererti kau kena junjung, muliakan dia macam raja. ketiga, kau tak tikam dia dari belakang.

kesimpulannya, kalau orang dah tolong kita, pandai2 la hargai. tak kisah la tolong banyak ke, tolong sikit ke. tak ada kadar dalam menolong dan menghargai orang.

p/s : ni bukan untuk org yg dekat eh, org tu jauh sikit.

No comments:

Post a Comment