kenapa perlu skeptikal? ha?

technology hunters :)


Yes. Kenapa perlu skeptikal? Penat aku dengan skeptikalisme kau.

Pernah dengar tak ayat ni > "Masalahnya, kita hendak memberi pendapat tetapi tidak mahu dikritik".

Memang. Masalah rumah, masalah taman, masalah bandar, masalah negeri, masalah negara. Masalah besar. Masalah nilah yang membuatkan otak kita sempit fikiran kita tak berkembang. Pendapat dan idea bernas yang kau mampu fikirkan tu kau simpan, kau tanam dalam-dalam sebab kau tak nak atau takut orang gelakkan kau. Kan?

Lek ah. Aku pun berfikiran macam tu. Tapi, kalau kita fikir dalam-dalam balik, ape yang kita buat tu salah sebenarnya. Macam mana sesuatu itu nak dijalankan dengan progresif agar dapat hasil yang produktif kalau kita tak kreatif dan inovatif? Kan?

Sama jugak dengan apa yang kita lakukan. Kan?

Tidak bererti jika kita buat sesuatu yang baik, kita baik sebaik-baiknya. Dan tidak bererti juga jika kita buat sesuatu yang jahat atau tidak elok, kita ni jahat sejahat-jahatnya. Kan?

Aku berpendapatlah, dan aku tahu kau memang akan setuju dengan pendapat aku, kalau kau buat benda yang baik, kau tak perlu nak heboh-heboh kepoh-kepoh kat orang lain. Sama jugak kalu kau buat salah dan silap. Agama kan ada ajar. Kan?

Islam mengajar kita agar ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Kalau nawaitu kau ikhlas, insya-Allah kau dapat pahalanya. Keaiban pulak jangan buka depan orang. Kan?

Aku ni bukanlah manusia yang sempurna tanpa cacat cela. Tidak, aku juga ada cacat, ada celanya. Tapi sebagai seorang Islam, amar maaruf nahi mungkar itu wajib. Dalam kata lain, mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Kan?

Aku tahan je sabar waktu tu. Kalau tak memang rasa lah kau dengan maki hamun aku.

p/s : kan kan? cakap lah kan. hahahah :D

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

May was a total disaster