Friday, September 2, 2011

raya?

techno world :)

Yes. Raya. Aku rasa raya tahun ni paling wonderful | cheerful | happening dan segalanya. Meh wa cite. Kehkeh aku dah siap nak buat diari ni uhh~. Rajinkan diri anda untuk baca ye~

Aku satu family 6 orang campur mak sedara aku sorang balik raya hari ahad. Kampung aku dekat je. Masuk kete tak sempat nak lelap dah sampai. Tu yang kurang syioookk tu ahah. Lagi, kampung tu rumah tinggal. Wan atuk aku dua-dua belah dah takde jadi kitorang perlu dan wajib balik awal untuk jadi penunggu dan tukang bersih. Kampung aku kat rembau je~


Rujukan : Ni mesin basuh antik kampung punya. Lepas mak sedara aku dah bersihkan, mesin ni dah boleh digunakan semula. Kau tengok, manual dan hands on. Lubang masuk air kene sumbat dengan paip manually, air dah la lambat keluar, jadi aku cedok aje guna gayung. Lepas tu, kalo kau rasa baju kau tu kotor semacam, kau pusinglah punat-punat tu sebanyak mungkin. Tak pun, dah habis pusing, kau pusing lagi sekali hahahahah complicated gile. Dah habis basuh, lubang spin ada kat sebelah tu; yang kecik berwarna hitam tu. Dah tu, kau masukkan kain yang dah dibasuh tadi manually ke dalam lubang tu. Jadi, bersyukurlah dengan mesin basuh anda hahahahahhahah~~


Day : 1 Syawal

Selepas majlis bersalam-salaman; ceh mane ade majlis, seperti tahun-tahun terdahulu, kitorang akan menunggu kedatangan pak long aku. Yang bestnya, tunggu-tunggu sampai petang tak datang-datang. Orang lain pulak yang datang. Jadi malam tu kami sekeluarga pegi lah rumah die. Eh lupe plaks. Raya pertama sangat terlebih dan over boring.


Day : 2 Syawal

Makkk oi gile rumah kampung aku kene serbu. Tak kering-kering tangan asyik basuh pinggan je. Yang datang semua family sebelah mak aku yang mana arwah atuk aku ada 7 orang anak, anak pak long dalam dua tiga orang datang, setiap sorang anak sekurang-kurangnya 5 orang, anak-anak mak teh pulak dalam 3 orang datang, anak-anaknya pulak tak payah kiralah. Ye terima kasih (hahhahah aku saje semakkan otak kau dengan nombor-nombor hahah).

Tidak lama kemudian, orang kl turun. Ni family mak sedara aku dan beliau telah membawa seorang suami, seorang anak, seorang menantu dan 4 orang cucu lelaki kesemuanya yang mana dua daripadanya kembar. Buat pengetahuan hadirin, semua ni umur 18 - 24 tahun. Darah muda. Raya kedua kitorang tak dapat ke mana-mana sebabnya orang yang datang macam air paip.

Petang. Disebabkan kekreatifan diri masing-masing, ada yang bijak menggunakan akal fikiran ke tahap 15 % Einstein. Dekat kampung ada sebijik motor kapcai. Motor ni aku pernah bawak dan sebab salah target; ececeh cover ni hahahah, muka aku pernah terlanggar bucu tingkap kampung tu. Kau bayangkan rumah kampung yang aman damai dengan tingkap jenis kayu yang tebal gitu. Jadi kau tak payah tanya lebam atau bengkak tidak hahah. Sambung. Dah namanya motor kapcai, diorang ni sebabkan tak jumpa kunci motor; bukan tak jumpa, malas nak carik, diroang gunakan kaedah parang. Caranya, kau masukkan parang dalam lubang kunci motor tu, lepas tu kau pusing je. Hahahah bapak aku kata guna syiling seposen je boleh startkan hahahah~

Nampak? Effort dia kau jangan perlekehkan. Ke hulu ke hilir dia angkut parang tu hahahahah

Malam. Pukul 12 tengah malam, seingat aku, mulalah akal-akal nak main mercun. Main thunder clap. Eh kau pernah tengok orang main thunder clap kasi pegang aje pakai tangan? Ha macam tulah si kembar tu main. Dah lepas tu, diorang campur abang aku main pulak kabait. Dah tak main lagi botol ke ketupat ke. Apada. Bahaya betul. Keluar rumah masing-masing pakai boxer tak pun seluar pendek je. Lagi apada.

Aku dah berusaha nak amik gambar waktu main tu tapi aku pakai 3.2 mp je, jadi aku amik crime scene waktu siang je, sori mann hahah


Day : 3 Syawal

Aku tersedar daripada tidur bila terdengar suara maks sedaras akus. Lepas semayang, terasa boring dan aku disuruh tido balik. Mann. Baik aku lalok je. Susah tu nak tido balik. Tapi lelap jugak :P

Dalam pukul 9 pagi. Aku terperanjat tetibe dengar bunyik thunder clap. Macam menatang tu sebelah telinga kau. Bingit. Ada dalam lima enam batang gak yang 'dia' bakar. Lepas tu aku terdengar
"wei sape bakar thunder clap weh?"
"tok ayah".

Takblehblah. Tok imam tu. Ni plak dialog mak bapak, anak beranak, sedara dan cucu yang aku dengar lepas aku turun bawah
"ayah tu dulu tak dapat main tu hahahahahahahh(kata menantu ayah)"
"aku dulu main pakai buluh (kata ayah)"
"tu lah, mercun tu letak merata-rata (kata bini ayah)"

P/s : Tok ayah tu, aku, akak aku ngan abang aku panggil dia 'ayah'. Dia bapak sedara aku.

Lepas tu, kitorang nak berangkat ke Melaka. Kembar dua ekor ni rambut panjang pulak. Dah mintak sikat, tanya pulak "yani, ade getah rambut tak?". Aku macam 'mak aii mamat ni'. Jadi, aku pun suruhlah dia pilih mana dia nak hahahhahahh (rujuk gambar)


Jadi bahan gelak aje. "Alamakk, getah biasa takde ke?". "Takde" hahahhahahahahh

Lepas tu kitorang pun bertolak ke Melaka. Dokek yo hahah. Dah makan-makan, lepak-lepak, baliklah. Family aku singgah pulaks rumah sedara lain jadi kitorang lambat sampai rumah. Dah dekat nak masuk simpang kampung tu, ade pulak budak-budak ni naik motor jalan depan kete aku. Yang drebar smart sikit, pakai t- shirt dengan seluar. Rambut pendek. Yang belakang ni takblehblah. Pakai t-shirt, kain plekat dengan rambut kusut sikit separuh berikat. Abang aku dah tekan-tekan hon. Kitorang tergelak-gelak dalam kete lepas dengar bapak aku cakap ape.
"Tok cik ingat indon mane tadi hahahahhahahhah" (kata bapak aku kepada insan tersebut)


Day : 4 Syawal

Hari jumaat. Petang tu berangkatlah orang kl pulang ke kl. Family aku pulak tak tunggu lama untuk berkemas dan kembali ke pangkal jalan; takkk, kembali ke seremban hahahahh.

Alhamdulillah. Aku suka raya.

Dan sekarang, aku di rumah menanti jam berdetik dan masa berlalu untuk kembali ke sekolah.
S***, result trial.

See you ! :D

No comments:

Post a Comment