Monday, October 10, 2011

antara ego dengan emo

technology hunters :)


Bunyi je loceng tepat pukul 4.00 petang tadi, suara budak2 form 3 mak oi, OMK macam pesta. Hahahah lek ah, aku pun sama dua tahun dulu hihi. Lepas PMR, rasa macam dah habis sekolah. Lepas SPM, tak tahulah~


Okeh. Jadi, meh kita cakap pasal dua 'e'. 'e' nombor satu ialah 'ego' manakala 'e' nombor dua ialah 'emo'. Ada satu kaitan yang spesifik dan mendalam antara kedua-dua menatang ni tadi. Meh aku cite.

Ego atau dalam kata lain membawa maksud 'keakuan' dapat dikaitkan secara rapat dengan sifat egocentric ataupun egoistic. Emo pulak dikaitkan dengan sifat mudah terharu ataupun emotional.

Korang pernah tersepit di antara ego dengan emo? Aku pernah. Bukan pernah, sebenarnya sedang. Masalahnya, titik persimpangan antara ego dengan emo yang aku alami sekarang ialah ego yang bertemu dengan emo yang negatif. Macam mana tu? Jap, aku pun dah konpius.

Okeh, macam ni. Ego ni merupakan ego tahap dewa yang aku tabik gile mana2 manusia yang boleh tahan ego ni. Emo tu pulak bukan emo yang terharu tadi tapi emo yang kurang keyakinan diri yang mana kau akan rasa terjebak dengan emo ni dan membuatkan diri kau rasa down.

Aku tak nak cite panjang2 pasal ego dan emo ni. Buat tension dan depressed je.

 
p/s : OMK = Oh Mak Kau hihihi :P

No comments:

Post a Comment