antara menulis dan sastera

technology hunters :)


Haha. Siapalah aku nak bercakap tentang sastera? Aku dan sastera ibarat langit dengan bumi dan ibarat hiperbola yang maknanya begitu mendalam sampaikan aku sendiri tak tahu cara hendak menyampaikan makna zahirnya itu.

Aku bukan orang sastera. Aku buat sastera pun tahap cikai. Dan aku rasa, kalau A. Samad Said baca hasil tulisan aku, dia hanya mampu gelak. Tapi aku harap dia gelak pun, gelak sikit je lah. Terasa gila babeng aku nanti hahahah.

Okeh, btb. Baru2 ni aku tengok dalam surat khabar ada Perhimpunan Penulis Muda Nasional. Dengan iri hatinya aku selak muka sebelah dan aku lupakan angan2 mat jenin yang terlintas di otak aku saat itu.

Aku tak nafikan aku sememangnya minat akan sastera. Tapi bezanya ialah aku hanya menulis, bukan berkarya. Aku mahu jugak satu hari nanti aku dapat berkarya ataupun bersastera.

Hasil tulisan aku sekarang hanyalah sekadar satu, dua dan tiga baris ayat dan satu dan dua rangkap puisi. Haih.

Aku nak pergi mencari ilham lagi. Ada sesiapa nak tumpang? Backpacking jom? :D


p/s : btb = back to business, kan minah? :P

Comments

Popular posts from this blog

2 years later

How shallow can I be? Very.

May was a total disaster