Monday, February 13, 2012

banyaknya kadang

techno world :)


Kadang-kadang aku rasa kosong. Kosong? Apa yang kosong? Jiwa kosong eceh.
Kadang-kadang dalam sehari aku boleh rasa tak berguna langsung. Cikai.
Kadang-kadang dalam satu jam aku rasa kalau aku takde pun tak apa. Kot.
Kadang-kadang kalau tersilap cakap, aku rasa bersalah yang amat. Siot.
Kadang-kadang kalau aku buat orang sakit hati, aku tak tahu nak betulkan balik. Betul.
Kadang-kadang orang buat aku sakit hati, aku biarkan je. Lantaklah.
Kadang-kadang kita tak tahu dunia ni kecik je. Tak sedar.
Kadang-kadang orang yang kita benci tu rupanya diri kita sendiri. Boleh jadi.
Kadang-kadang kita cakap orang tapi lambat-laun orang cakap kita balik. Ye.
Kadang-kadang kita rasa sunyi walaupun kawan ramai. Kan.
Kadang-kadang kita tak tahu ada orang sokong kita. Ada.
Kadang-kadang kita lupa perkara paling penting. Ingat.
Kadang-kadang kita buat tak tahu tapi tahu sebenarnya. Pura-pura.
Kadang-kadang kita tak amik tahu benda yang kita patut tahu. Jahil.
Kadang-kadang orang tipu kita tapi kita tak sedar. Nasib.
Kadang-kadang kita tipu orang tapi orang pulak tak sedar. Untung.

Untunglah hahahah.

p/s : don't jump into conclusions, man, okeh? :)

No comments:

Post a Comment