Saturday, March 17, 2012

Alhamdulillah,

Ye, Alhamdulillah. Fuhh, banyak perkara nak disyukurkan ni :)

Pertamanya, Alhamdulillah sebab masih bernafas lagi hari ni. Tu satu (baru satu).
Kedua, Alhamdulillah sebab sudah lulus ujian hikhik.
Ketiga, Alhamdulillah sebab result minggu depan.
Keempat, Alhamdulillah sebab dah ada kerja super-part-time (super sebab memang terlampau part-time).
Kelima, Alhamdulillah sebab ada keluarga yang lengkap.
Keenam, Alhamdulillah sebab kawan2 yang mengambil berat hihi.
Ketujuh, Alhamdulillah sebab dah habis sekolah hahah.

Sebenarnya, banyak lagi nak disyukurkan. Ini sekerat dua saja. Tempoh tiga bulan melangok duduk rumah sebenarnya membuatkan aku banyak berfikir. Dan, setiap kali aku berfikir tu, aku mesti, selalunya, pasti dan akan simpulkan dengan "Wah, betapa tak produktif dan progresifnya hidup masa kini!". Aku rasa macam hidup tak ada matlamat sedangkan matlamat hidup itu aku akui, memang aku tahu. Jadi, Alhamdulillah sebab result minggu depan. Lepas result, sama ada aku dapat atau tidak apa yang aku minta tu tidak akan jadi persoalan lagi. Sebabnya, aku tahu apa aku nak buat dan aku tahu setiap jalan lurus dan shortcut untuk ke situ hihi ;P.


Oh yah, takutnya result! :P


p/s : hasbiyallahuwani'malwakil

No comments:

Post a Comment