wah, junior!

techno world :)


*maafkan ayat budak sekolah dan tanpa kata majmuk di bawah

Semalam saya pergi sekolah. Saya pergi jumpa kaunselor. Dalam pukul 8.30 gitu saya sampai sekolah. Saya tunggu rakan saya. Dekat pondok jaga. Dah pukul 8.45 rakan saya tak muncul2. Saya tipon2 dia tak angkat. Saya mesej dia tak reply. Akhirnya, dia angkat telefon bimbitnya. Dia kata, "Aku on the wayyy". Fuhh, nasib dia baik. Kalau tidak, saya dah pertimbangkan nak bunuh dia masa tu. Bagus Azley hihi.

Selepas bercakap2 dengan kaunselor, saya dapat rasakan segalanya nampak begitu jelas. Kekaburan semalam, kelmarin, minggu lepas dan bulan lepas mula hilang. Akhirnya, saya dah tahu apa yang saya nak. Apa cara nak buat pun saya tahu. Terer kan hikhik *muntah.

Tidak lama kemudian, saya melencong ke bilik sebelah. Dah bosan duduk dalam, saya pun keluar. Saya bertenggek sekejap dekat koridor. Tiba2, sewaktu saya menumpukan pandangan saya ke atas, saya nampak junior2 yang disayangi eceh. Saya pun menggesa mereka turun. Saya memberi isyarat tangan walaupun saya tidak menggunakan isyarat tersebut semasa belajar memandu.

Saya berbual-bual dengan mereka sebentar (tipu, lama lah) di tengah2 jalan. "Minggu ni cikgu tu cuti", mereka kata. Saya dapat rasakan freedom tersebut kerana rasa freedom inilah juga yang membuatkan saya dan rakan2 melonjak kegembiraan dulu.

Sesudah itu, saya jumpa pula junior lain. Dia meminta saya datang ke kelasnya. Tiba sahaja saya di kelasnya, saya nampak ada cikgu di dalam. "Serius je muka dia, Fatin. Awak kata baik hahah". Maka, saya chiow dari tempat tersebut. Saya pun pulang.

Anywayyyy, saya dapat rasakan perasaan takut menjelang 22 haribulan semakin membuak-buak. Sama2 lah kita doa dapat apa yang kita nak, okiesszzz. Jumpa lagi HAKHAK.


p/s : ni post mintak pelempang ni ;P

teringat janjiku padamu hekhek

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

Back in Klang