Wednesday, April 25, 2012

siapa yang kau kisahkan itu?

Pernah sekali kau kisahkan padaku kerisauanmu terhadap si dia yang semakin hanyut dalam fantasi dunia hasil ciptaannya sendiri. Masa berlalu dan bulan berganti bulan. Kini aku terlihat bayang dirinya dalam dirimu. Kau mula memamah dirimu sendiri serta tanpa sedar, kau merelakannya. Lama-kelamaan, kau pula hanyut dalam fantasi dunia yang kau wujudkan itu. Akhirnya, kau tumbang dalam mainan mindamu. Soalnya, siapa yang kau kisahkan itu sebenarnya?

Jauh sekali aku ingin menjadi enau, yang diamnya dalam belukar dan terlalu sibuk melepaskan dirinya sendiri. Tetapi hibanya aku, kau tidak tahu.



p/s : ain, sorry for not telling you when i left. aku segan, ko dgn kwn ko, tetibe aku lak masuk kan :)

2 comments: