kotarayaku

Yahh. Semalam (Jumaat), setelah beberapa kali planning sampai pening, akhirnya jejak juga kakiku ke PWTC. Oh, betullah Ain, turun aje Stesen Putra depan dia memang betul-betul PWTC. Lain kali kita pergi sama-sama ye ;)

Apa ada di PWTC? Ohh, ada pesta buku antarabangsa lah. Aku expect pergi sana dapat lah jumpa mat saleh ke HAKHAK tapi tarak pun. PWTC ni bertingkat-tingkat dan berapa puluh dewan ada pun aku tak tau lah. Tak sah kalau tak sesat. Jadi, ada sebuah buku yang aku minat tapi akibat kaki dah lenguh, minda dah kacau dan perut dah berkeroncong, lain kali aku pergi MPH je lah beli.

Waktu dah sampai tu, gerak setingkat dua, aku ternampak lah sorang laki ni. Uih, Aman Wan lah HAHAHAHH.  Aman Wan ni seorang youtuber dan juga merupakan pelukis komik. Aku dah balik baru aku tau dia pun buat sekali promosi bukunya di situ -_-

 sempat aje HAHAH
"Aman Wan kan?". "Ha ye" (sambil senyum segan hakhak). "Boleh amik gambar tak?". "Ha boleh boleh" hikhikhik

 Baiklah meh aku tolong promote sikit hakhak. Ni ada Aman Wan punya youtube, Aman Wan punya blog dan Aman Wan punya facebook. HAHAHAHH

---------------------------------------------------------

Setelah berjimba-jimba (apekah itu?) di PWTC, kami pun bergerak mencari sesuap nasi hahahahh. Kemudian, setelah kenyang sampai nak termuntah, kami pun bertolak ke rumah makciks di Ampang. Dalam kereta, gua pun berusahalah untuk snap light trail. Ada satu aje gambar yang berjaya, satu dua lagi blur dan satu dua lagi gua segan nak malukan diri HAKHAK.



wah, hebat dan EPIC HAHAHAHH -_- bongoks saja

Hu ha hu ha dekat my makciks punya rumah, baru lah bergerak balik ke Soghomban. Sampai rumah pukul 1. Hebat, hebat.


p/s : ini kotaraya talam dua muka kata Altimet

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

May was a total disaster