hebat tak hebat

Assalamualaikum.

Apa khabar saudari2 di Petaling Jaya, Seri Iskandar, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Lendu? Bagaimana hidup saudari2 sekarang? Jika ditanyakan kepada saya, jujurnya, saya rasa seperti tidak mahu balik rumah. Seronok gileee~~ HAHAHH

Kehidupan di universiti banyak mematangkan aku (ayat poyo). Semua benda kita kena buat sendiri dan ikut nasib kalau dapat budak2 bilik yang baik dan mengambil berat, waktu kau tidur dia akan kejut kau dan ajak kau belajar. Alhamdulillah, budak2 bilik aku macam tu. Baru kenal tiga minggu tapi rasa macam dah kenal lama. Gelak terbahak-bahak waktu tengah malam jadi kemestian. Kalau tak faham apa2, diorang lah tukang ajar dan tukang nak mintak tolong sini situ.

Kumpulan kuliah pulak superb gile. Semua boleh ngam. Aku yang tak pernah kawan rapat dengan lelaki pun boleh sekepala dengan diorang. Semua awesome gile. Tapi yang sayangnya, lepas tiga minggu ada budak2 yang nak keluar pegi mara lah jpa lah bagai. Rezeki masing2 kan.

Dekat sini banyak situasi yang aku tak pernah lalui sebelum ni. Rasa fresh sebab kena start dari bawah balik. Kalau dulu dekat sekolah, aku dah biasa buat itu, buat ini tapi dekat sini orang tak kenal kita jadi kita yang kena mulakan dulu. Kadang2 rasa tak adil jugaklah bile kita dah usaha lebih, tengok2 orang lain yang dapat. Hidup ni ada pasang surutnya, kan?

Minggu orientasi sangat best. Disebabkan aku masuk awal, kawan2 lain duduk membuta lagi dekat rumah, jadi suasana nak mengheboh-hebohkan dekat budak u lain tak terasa sangat HAHAH. Waktu minggu orientasilah aku rasa seronok sangat. Time tu lah aku experience macam2. Ada sekali tu kena tegur "cantik roadblock" dengan budak2 degree sebab block jalan. Dekat sini cara tersendiri nak menunjukkan sokongan dekat orang lain ialah dengan tepuk support. Lain2 tu tak payah lah cite semua, gebang je lebih hahah.

Kalau nak pegi makan atau beli makanan, kedai makan paling dekat kena lalu blok lelaki. Jadi ada lah dua tiga kali aku dengan kengkawan aku kena jerit. "Oi, balik! Dah maghrib dah ni oi". Time ni memang kitorang tengah jalan balik jadi macam ekeleh podah. Yang tak boleh blah ada sekali tu kena jerit "Woi, makan je keje!". Otak kau, kau tak makan ke? Puasa tiap2 hari? Psiko hahah.

Overall, hidup dekat u sangat seronok. Aku akan berada di sini untuk lima tahun akan datang jadi why so serious? "Watlek watpis" diorang cakap :D

Oh yahh, bagi kawan2 yang berada di matriks dan adik2 junior di sekolah, nanti mohonlah UPM. Boleh jumpa aku HAKHAK.



p/s: photos coming up in less than 24 hours. don't discriminate :P

Comments

  1. yanieee!!!! kau masuk u tak bgtau aku pun kan.. tau2 je dah masuk.. tu pun wanie bgtau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahhh aku lupe gile! time tu kelam kabut, dlm seminggu lps upu tu aku terus masuk.. kabut gile time tu.. sori weh lain kali kite jumpe aku cite2 eh

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2 years later

How shallow can I be? Very.

May was a total disaster