senja

Senja,
Apa ada pada senja?
Apa ada pada waktu hening ini?
Apa ada pada saat saki-baki sinar suria mula menghilang?
Apa ada pada saat bulan masih belum muncul?


Senja itu memberi seribu satu makna yang setiap satu makna itu melambangkan sejuta tanggapan; fakta mahupun auta. Terpulang kepada hak individu untuk mendebatkan kesahihan fakta dan kepalsuan auta tentang senja. Imaginasi cetusan mitos-mitos lama menjadikan falasi itu semakin menebal serta semakin susah untuk diperbetul. Senja umpama perlakuan dan ragam sesetengah manusia yang enggan membuka minda menerima pandangan yang benar. Belajarlah dari senja bahawa setiap perkara itu bertitik noktah daripada yang hak, bukan yang batil.

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

May was a total disaster