Friday, September 14, 2012

Rap sikit! (Twitter)

*rap gaya Malique tau haha

**This is not to offend anyone, so please, grab some humor and rap this :D


Hai, assalamualaikum!

Malam buta layan twitter
Kepala pening banyak cerita
Orang cakap malas nak layan
Tak nak dengar kuat meroyan

Selalu tweet benda tak guna
Tambah sikit gaya nada cinta
Katanya semua "Till Jannah"
Tapi haram ayat bersepah

Ayat copy paste semua orang tahu
Harap followers sampai beribu
Favourite saja malas retweet
Tekan aje macam pakai duit

Hashtag lawak nak tweet gempak
Malangnya dik, ayat haprak
Nak speaking grammar berterabur
Nasib badan, kena bahan kena sembur

Cakap banyak kena tweetlimit
Aman TL, kejap, berapa minit?
Masuk line buat kecoh
Sedap-sedap kaki kepoh

Nasib baik facebook boring
Takda idea otak kering
Buka twitter stalk orang
Crush dah couple alahai sayang

Maaf bahasa kasar semacam
Saya takda niat nak kecam
Saja-saja luangkan masa
Jumpa lagi di hari, waktu sama.



p/s : don't take this seriously okiesz :D

No comments:

Post a Comment