Monday, May 6, 2013

Mengapa begini?

Assalamualaikum.
#GE13

Mengapa begini sahabat?

Kita ada akal
Kita semua ada akal
Malangnya, dengan dangkal
Kau sia-siakan akal
Kau lupakan asal
Kau lalaikan perihal
Kau timbulkan hal
Engkaulah punca
Apa kau dapat?

Kemudian
Kau carik-carik aksara dari cebisan kata sumpah
Kau gulung-gulungkan
Kau tunggang-terbalikkan
Kau susun ikut binasanya rasa
Kau alpa matinya kata hati
Apa kau dapat?

Langsung
Mereka bertelingkah
Mereka pecah amanah
Mereka hiraukan siasah
Mereka kejarkan bid'ah
Mereka taburkan fitnah
Apa kau dapat?

Cerdik
Kau atur bicara satu-persatu
Kau tanam di bibir ruas-ruas tebu
Kau tipu
Tapi tipu kau laku
Orang tak percaya itu palsu
Semua anggap kau sekutu
Kaulah kufu
Kaulah sifu

Percayalah
Fakta akan bangkit
Dikit-dikit
Hak akan tergarit
Mencicit
Orang yang kau apit
Lidah yang kau gigit
Fitnah yang kau belit
Helah yang kau selit
Satu-persatu akhirnya
Kau tercuit.


p/s: dah mula rindu.

No comments:

Post a Comment