Friday, January 2, 2015

Salam 2015

Assalamualaikum.

Bicara tentang tahun baru serta sambutannya masih hangat hari ini. Sungguhpun, Islam tidak mengajar kita untuk mengagung-agungkan kehadiran tahun baru Masihi. Cukuplah sekadar tahun baru ini dipasang dengan azam untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Aku pun ada azam tahun baru. Tahun ini aku baru nak merasa pasang azam secara serius. Usaha kena ada untuk realisasikan azam. Jangan mudah putus asa. Macam mana nak tahu kita suka atau tak suka, berjaya atau tak berjaya kalau belum cuba, kan.

Azam aku ialah aku nk buat perkara-perkara yang aku tak pernah buat selama ini. Bila menjangkau usia 21 ni, aku rasa aku dah terlebih layak susun jadual hidup aku sendiri. Aku nak cuba backpacking bulan depan, in shaa Allah kalau diizinkan. Aku pun nak cuba laksanakan perkara yang selama ni aku hanya mimpikan. Aku nak buat sampai selesai perkara-perkara yang aku buat separuh jalan.

Aku nak teroka dunia di samping aku teguhkan akhirat. Aku nak cuba serapkan dunia dalam penelitian aku. Aku nak perhatikan selok-belok dunia ni. Aku tak nak faham dunia ni, aku cuma nak selak satu-persatu helaian yang aku tak pernah buka. Global dan glokal.

Maka, aku rasa aku sudah boleh bersedia untuk hadap cabaran dunia. Bila terkenang Terbaik Dari Langit, aku terasa rindu yang amat pada sahabat-sahabat yang selalu ada waktu aku senang dan susah. Aku sayang tiap-tiap seorang.

Aku doakan kita semua berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.


P/s : Wishlist 2015 - "As you wish", kata Izzat. 

2 comments:

  1. Aku sayang kau jugak. Rindu sikit la. Tak banyak. Sikit je... Okay mungkin lebih pada tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye aku dapat rasa. Haha. Aku sebenarnye xsabar nk gi Satu Floor ;)

      Delete