Terpateri

Seberapa pantas manapun
masa meninggalkan kita
mungkinkah terlintas di fikiran
untuk engkau mengingatiku
di suatu sudut bingit hidupmu 

Seberapa sukar manapun
untuk kau peruntukkan masa
menghela dan menghembus nafas
tidakkah terbayang di minda
kenangan kita cipta di titian usia

Kelak andai kau selak
lembaran masa lalu
aku harap kau temui
aku yang setia menanti
terabadi dalam memori.

Sizurya,
2 Ogos 2015.

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

May was a total disaster