Untuk malam ini sahaja
Benarkan aku berbicara
Untuk malam ini sahaja.
Jangan biarkan aku keseorangan
Aku tahu ini ujian
Namun aku tidak mampu lagi
Untuk berdiri sendiri
Tanpa bisikan berupa panduan.
Aku sifatkan ini perkara sukar
Aku masih belajar
Tetapi aku tidaklah seteguh
Bintang di langit
Yang sering menanti dan menemani
Menyeri kata-kata hikmat.
Benarkan aku berbicara
Kerana aku penat
Tanpa rela menghadap duri
Untuk malam ini sahaja.
Comments
Post a Comment