Untuk malam ini sahaja #4

Benarkan aku berbicara
Untuk malam ini sahaja.

Apabila kita dikhabarkan tentang sesuatu,
Sesuatu yang berkaitan dengan cinta,
Apakah reaksi paling sesuai?

Benarkan aku berbicara
Tentang cinta yang bagiku tidak pernah hadir
Kerna tanpa sedar
Benar aku jahil.

Tetapi,
Cinta apa yang kita perkatakan ini?
Terhadap apa?
Atau siapa?

Mungkinkah Tuhan hadirkan cinta
Melalui perbualan kita
Hari-hari yang kita lalui
Antara senggang masa
Di celah-celah langkah

Namun
Cukuplah Tuhan hadirkan kau sebagai sahabat
Di sebalik kata dan nasihat
Biarlah terpahat
Walau gurau dan senda aku terpikat
Hati ini akan ku sekat.

18 Disember 2015,
Seremban.

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

May was a total disaster