Untuk malam ini sahaja #6

Benarkan aku berbicara
Untuk malam ini sahaja.

Tetapi malam ini
Bukan bicara yang ingin aku luahkan
Bukan kata-kata yang ingin aku hamparkan
Biarkan air mata ini berguguran
Untuk malam ini sahaja.

Sayang dan cintanya aku pada persahabatan ini
Tidak sekali-kali dapat aku ungkapkan dengan perkataan
Walau dengan bingkisan dan juga pesanan
Wahai sahabat, wahai teman
Kita sememangnya sehaluan.

Siapakah yang mahu kehilangan momen-momen indah
Saat kita suka
Hinggakan putih kapas awan serta biru suci langit pun
Mampu mengukir senyum dan tawa
Pada riak kita.

Hidup ini, sahabatku, umpama roda
Aku tidak pinta kau memahamiku
Kerana aku sedar terhadnya pemahaman manusia
Aku cuma mahu
Kau sedar saat kita berduka
Bahu ini ada untukmu.

Sudah sejauh ini
Kita berlari
Dalam langkah yang sama
Kau dan aku
Sudah tidak ada beza.

26 Mei 2016,
Serdang.

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

May was a total disaster