Untuk malam ini sahaja #9

Benarkan aku berbicara
Untuk malam ini sahaja.

Malam ini
Biarlah walau kata-kataku hanya helah untukku menyampaikan prosa
Yang aku atur susunannya agar tidakku dipersoal
Tentang kemuliaan dan hak ideaku.

Taulan,
Malam ini
Kau dan aku punya satu perasaan yang serupa
Tetapi jangan kita khuatir
Terhadap suatu baris kata yang kita bina
Lengkap bersaksikan gambaran impian dan harapan
Dalam hati-hati kita.

Malam ini
Aku suka kau dan aku masih seperti dulu
Kau masih releven dengan bicaraku
Dan aku masih mengiyakan kata-katamu
Namun kita langsung tidak tersekat pada masa lalu.

Taulan,
Malam ini
Izinkan aku mengatakan sejujurnya
Bahawa aku sudah langsung lupa tentang kegagalanku
Kerana aku lebih daripada tahu
Kau enggan memperingatkanku akan duka lalu.

Sizurya,
Seremban,
15 September 2017.
 
 
P/s : Mungkin siri #10 adalah antara yang istimewa. Kita nantikan apa yang bakal jari-jemariku terjemahkan.

Comments

Popular posts from this blog

2 years later

How shallow can I be? Very.

May was a total disaster