Wednesday, January 5, 2011

dalam mencari 'DIA', hilangnya 'AKU'

techno world :)


Ya. Banyak perlu diperkatakan setiap kali bercerita tentang 'DIA'. 'DIA' tak tahu betapa susah mencarinya. 'DIA' tak tahu resah hati kalau 'DIA' tiada. 'DIA' juga tak tahu sedihnya kalau 'DIA' hilang dari pandangan. Walaupun 'DIA' cuma insan biasa yang kadang2 tersilap langkah, aku tak pernah berhenti mencari 'DIA'.

Aku harap 'DIA' sedar yang aku mencarinya. Aku harap dia tahu. Tapi hakikatnya, tidak. 'DIA' hanya diam seperti dulu.

Akhirnya aku mengalah. Cukuplah 'DIA' yang aku cari tak muncul2. Aku hilang 'AKU' saat aku mencari 'DIA'.

Dan sejujurnya, aku pun tak pasti siapa 'DIA' yang aku cari selama ini.

1 comment: