Sunday, May 1, 2011

fantasi pak kaduk

"masa itu emas",
"kejayaan takkan datang bergolek"

lalu dia tersedar daripada lamunannya
"aku perlu berubah"
dilihatnya aksara-aksara pada tempat dicurahkan ilmu itu
pudar tetapi makin segar
hambar tetapi makin mekar

maka nawaitu mula disemat di benak
"masa itu hanyalah mainan tukang karut"
perkasanya dia mematikan masa
yang dikhabar mainan

hatta bangganya dia melalui titi kejayaan
"aku hanya selangkah lagi"
terlihat olehnya sekilas pandangan dirinya semalam
"tidak, aku tidak boleh gagal"
jerih ditentangnya, pedih
lantas dia bangkit
namun sebelum berpijak kakinya
dia tewas
lalu
dia kembali melayan fantasi pak kaduknya.

No comments:

Post a Comment