Tuesday, May 8, 2012

hai petani, tanam apa tu?

Yahh. Susulan peristiwa bersejarah aku ditawarkan kursus Asasi Sains Pertanian UPM, banyak mulut yang bertanya, eh tak, banyak mulut yang ketawa mendengar perkataan 'pertanian' tu. Jangankan kawan-kawan, siap sepupu dengan mak cik aku sekali tumpang gelak. No offense, no offense. Aku tak terasa. Buang masa I je *shahrincool hahahha.

 Ya Allah, tak tergambar dan tak terkata bila aku dapat asasi ni. Syukur Alhamdulillah. Perasaan ni bukan macam kau dapat masuk sbp ke apa. Lagi besar daripada tu. MasyaAllah.

Berita baik yang aku dengar kawang-kawang itew pun dapat tawaran jugak. Farah's going to UIA, Nina, Irina and Nik are into UITM, Azley is going to be a doctor in UM ;) and Mira's going for Form 6. Goodluck Splats :)


 Tengah hari tadi aku dapat tau yang Ainnnn pun dapat sama dengan aku jugak. Alhamdulillah. Ohh yah Ain, I truly meant it when I said I want to be in the same room with you. Doa banyak-banyak dapat sama bilik hihi. Wah, sama-sama pegi kelas. Hish, aku dah berangan lagi.

On the other hand, banyak jugak aku dengar si A ni tak dapat tawaran, si B pun tak dapat. Jangan risau, rezeki mana-mana je ada. Cuba fikir pro dan kontra kalau kau dapat dan kalau kau tak dapat apa yang kau nak tu. In example, waktu keluar result SPM haritu, hati aku hancur luluh sampai dua hari aku menangis (senyap-senyap je lah, nangis sengsorang, cover kot HAHAH). Hari ketiga tu aku mula terasa bodoh. "Buat apa aku menangis beria-ia, bodoh betul". So, I stopped crying on the third day. Aku fikir, kalau aku dapat straight As nanti, entah-entah aku riak semacam sampai lupa kawan-kawan dan kutuk kawan-kawan yang tak dapat straight As hahahah.

Jadi waktu tu, aku banyak berdoa dengan doa ni "Hasbiyaallahuwani'malwakiil - cukuplah Allah sebagai pengatur bagiku". Jadi, dengan tawaran yang aku dapat ni, Alhamdulillah marilah kita melanjutkan pengajian. Awat post aku ni formal semacam? -_-

Excited2 tapi takut jugak. Takut apa? ;P


p/s : mari bergonjeng dan beronggeng di AEON rakan-rakan :D

No comments:

Post a Comment