Untuk malam ini sahaja #7

Benarkan aku berbicara
Untuk malam ini sahaja.

Kini di kejauhan
Rinduku membuku
Naluriku merayu
Cintaku menyubur
Padamu di tanah tumpah darahku.

Ruang-ruang kosong
Yang tercipta di celahan masa
Alur-alur kecewa
Yang melalui sisipan hari kita
Semakin terubat hendaknya.

Namun janganlah
Sedikitpun hujahku tidak kau endah
Hati kecilku pinta diambil kisah
Apakah sebenarnya sukar dan susah
Dari dulu kasih dan sayang kau curah
Kuharap kan kekal terserlah.


Ballyrisode, Ireland,
8 April 2017.


Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

Back in Klang