Wednesday, January 18, 2012

antara satu dekad dengan sepuluh tahun

technology hunters :)


"Pizza dah siap ke?"

Tidak kurang semeter dari tempat aku berdiri, datang seorang wanita bertudung labuh dan lengkap berjubah ke arah aku. Gerak geri badannya lembut dan tenang. Ye, tenang. Lantas dia senyum ke arah aku dan tidak aku nafikan, wajahnya berseri. Juga, seperkara lagi yang tak dapat aku nafikan, hati aku rasa tenang melihat wajahnya.

"Zuraini!"

"Puan Norhaszlin?"

Dia senyum lagi, tapi menidakkan.

"Ustazah Tsuwaibah?"

Kali ini dia senyum mengiyakan.

"Ya Allah, ustazah! Ustazah ingat lagi saya!"

"Macam mana boleh lupa Zuraini. Mak ayah sihat?"

"Sihat je. Mak saya dah bersara dah ustazah. Tahun lepas."

"Ohhh."

"Saya dah habis sekolah dah, ustazah."

"Jadi sekarang ni
kakak buat apa?"

"Haha menganggur, ustazah."

"Kenapa menganggur pulak?"

"Tak, saya baru je habis sekolah ni. Sekarang tunggu result bulan 3 ni."

"Lepas ni kakak nak pergi mana?"

"Tak taulah ustazah. Saya minat Pasum yang UM tu, ustazah tapi dengar-dengarnya susah nak dapat."

"Eh, jangan. Rezeki Allah kita tak tau. Kita mesti percaya rezeki Allah tu." *tangan dia usap bahu aku

"Haha tak taulah ustazah. Tengok lah macam mana nanti."

"Dia masuk bulan 9.
9 bulan kakak nak menganggur ni."

"Hahaha ustazah, sekarang saya duduk rumah tolong jaga baby. Kakak saya baru bersalin haritu."

"Ohhh, ok, ok. Kirim salam dekat mak ayah ye."

"Ye, ye ustazah." *tangan tutup mulut sebab nak tutup senyum yang terlebih lebar

"Kenapa? Kakak tak sangka ustazah ingat kakak?"

*Angguk kepala

"
Macam mana boleh lupa Zuraini. Ok lah ye, assalamualaikum."

"
Terima kasih ustazah."

-------------------

Ustazah ni ajar aku masa aku darjah satu dulu, tahun 2001. Dia pun guru kelas aku. Sekarang dah tahun 2012. Kira dah lebih 10 tahun lah masa dia last ajar aku. Dia ni cikgu sekolah rendah yang paling aku sayang. Sebabnya? Aku pun tak tau. Mungkin sebab dia baik sangat kot, tak pun sebab semua cikgu darjah satu memang akan disayangi sampai bila-bila HAHAHA.

Okeh. Tengok kat atas. Perkataan yang mula2 aku boldkan.
Kakak. Sebenarnya aku tersentuh gile masa dia panggil aku kakak. Ye lah, aku kat rumah adik je HAHAH.
Next,
9 bulan kakak nak menganggur ni. Benda tu tak tentu aku dapat ke tak, apply pun belum lagi, tapi aku bersyukur sebab ada insan yang bagi support. Alhamdulillah.
Macam mana boleh lupa Zuraini. Ha, yang ni aku tak tau ape yang aku buat 10 tahun dulu yang buatkan dia tak boleh lupa aku. Entah aku menangis, melalak terlolong ke, aku buat benda jahat ke, aku jadi gila kejap ke, dah aku tak sanggup nak tulis lagi hahahah. Tapi, aku haraplah apa yang aku buat 10 tahun dulu benda baik hihi
Last sekali,
Terima kasih ustazah. Hahaha yang ni sangat lawak. Masa aku cakap terima kasih tu, sebenarnya aku tengah tunduk separuh ala-ala Jepun yang biasa kita buat kat sekolah kalau terserempak dengan cikgu. Wah, kenapa aku masih ada skema budak sekolah lagi? *ayat bajet bro -_-

p/s : i miss my friends so much *tetibe hahah


No comments:

Post a Comment