Wednesday, March 21, 2012

Eh, marah?

Ya, marah. Aah, marah. Memang, marah.
Dan geram.

Tapi, ke mana nak diluahkan marah dan
ke mana nak dilepaskan geram itu?

Soalnya, dari mana hadirnya marah dan
munculnya geram itu?


Ah, soal. Soal sial.


Tidak cukupkah sebuku marah itu dan
sebeban geram itu?

Ke mana nak ditudingkan telunjuk dan
sebekas penumbuk itu?


Ah, soal lagi.


Salahkah tinta sedangkan pena yang
mengukir dan mencanting?
Salahkah pena sedangkan jari yang
menggerak dan mencorak?
Salahkah jari sedangkan akal yang
memikir dan mewujudkan fikiran ihsan Yang Maha Esa?

Ah, fikir sebelit.
Sudah habis fikir, penamat; reda dan pasrah.


p/s : ah, I can't stop writing! ;)

No comments:

Post a Comment