Ironinya,

Beberapa hari yang lalu, selepas insiden gempa bumi di Aceh tu, aku online facebook. Aku scroll down, down lagi dan lagi. Tiba-tiba, aku terbaca satu post yang membuatkan aku tersentak. Bukan, komen pada post itu yang membuatkan aku tersentak sebenarnya. Maaf, awal-awal aku nak cakap aku bukan berniat nak offend sesiapa.


Ya, sangat ironi. Islam itu indah. Jangan cacat-celakan keindahan dan kecantikan Islam itu dengan pemikiran kau yang sempit.

Kita kena ingat tanggungjawab dakwah bukan hanya terletak di tikar sejadah. Tiada salahnya seseorang itu berkongsi ilmu dan menyampaikan dakwah walau di mana pun dia berada. Dan ingat, tiada orang yang sempurna dalam dunia ini. Jadi, aku, kau dan sesiapa sahaja kena ingat lagi yang kita perlu saling menyokong untuk jadi sesempurna yang boleh.

Ada satu lagi perkara yang mengganggu aku. Kalau ye pun kau nak tegur dia, janganlah aibkan dia dalam profile dia sendiri. Kau boleh je hantar personal message ataupun instant messaging pada dia. Susah-susah saja kau tegur dia dekat situ. Ironinya tanpa kau sedar, kau juga telah memalukan diri kau sendiri.

Dalam facebook pun ada banyak group tentang Islam. Misalnya, Anak Muda Islam. Perkongsian ilmu dan dakwah itu tidak terhad tempat dan masanya. Dalam situasi ni, dia hanya mahu berkongsi ilmu yang dia ada. Ya, aku tau niat kau suci dan murni dan kau cuma nak mengingatkan dia. Betul, tetapi kau tak perlu mengeluarkan kata-kata yang bukan saja mengguris hati dia, tapi aku yang baca ni pun rasa sakit hati. Tak terkata.

Sudahlah. Aku cuma berkongsi pengajaran dan mengingatkan. Aku pun tidak sempurna.


p/s : sangat ironi

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

May was a total disaster