Cambodia Part 2

Assalamualaikum.

Sejujurnya, aku sendiri ambil masa yang lama jugak nak tangkap idea tentang Kemboja. Aku join sebab pikir ada member. Ada geng and I thought, "Why not?". Aku masuk bahagian publisiti; aku x suka term 'publisiti', jadi aku tukar sendiri dengan multimedia. Asalnya ada 2 orang je dan kemudian jadi 4 orang.

Selepas meeting, meeting, meeting dan meeting, Kemboja rasa real sangat bila dah beli tiket flight. Kira2 2 bulan sebelum ke Kemboja, kami masih mencari dana. Alhamdulillah, semua orang rasa lega selepas UPM sendiri hulurkan dana di samping dana lain.

5 hari sebelum flight (5 Jun '13), aku dah gerak balik UPM untuk persediaan semua perkara. Waktu untuk menyelesaikan kerja-kerja last minute yg releven lagi. Perlu diingatkan yang waktu last minute ni lah sedap jadi target orang. Muka aku tebal je memanjang masa meeting akhir haha.

A night before the flight, aku dan Ammar terpaksa pergi pulangkan kereta Dr. Budak-budak ni pegi airport pukul 1 pagi; awal sebab x ada transport. Kami gerak ke airport dalam pukul 4 pagi dan tu pun dah kira lambat. Sampai airport agak kelam-kabut. Aku x suka LCCT. Ramai orang. Crowded. Pukul 6 lebih tu kami dah naik kapal terbang and at last, 6.40 pagi kami berlepas.

Waktu di Kemboja awal satu jam. Kalau waktu Malaysia, kami tiba pukul 8.30 pagi tetapi mengikut waktu Kemboja, kami tiba pukul 7.30 pagi. Krisis waktu di atas awan mengambil masa 2 jam haha. Dalam flight semua orang tidur je as every one of us barely had a sleep the night before.

baru sampai 

 
jalan sesak

Setibanya di airport, kami disambut dengan muka tegas kastam di kaunter haha. Ada jugak dijual sim card 1 dolar US. Serius aku cakap, almost all small and medium-sized things di Kemboja berharga 1 dolar iaitu kira-kira RM3. Kami naik bas, checked-in hotel dan gerak ke Central Market.  Petang ke Royal University of Agriculture untuk culture exchange dan malam ke hotel semula untuk berehat. Hotelnya sangat selesaaaa~

RUA yang sangat mesra

Pagi hari kedua kami ke RUA semula siap bawa luggage sekali. Tengah hari jemput Encik Hisyam, Ar-Raudah, BIT, TV3 dan Harian Metro di airport dan terus gerak ke Kampung Svay Pak, Pursat. Aktiviti dalam perjalanan selama 4 hingga lima jam tu ialah makan, tidur, berbual dan akhirnya yang paling seronok ialah poker dan karaoke hahaha. Waktu kami sampai di kampung pun dah malam. Kami disambut dengan mesra oleh orang kampung dan nasi berlauk hihi. To end the night, kami menginap di rumah orang kampung. Lelaki satu rumah, perempuan satu rumah.

sebahagian geng poker eheh

Hari ketiga adalah permulaan projek pertanian, kesihatan dan pendidikan. Mengikut analisa aku haha, aku dapati ketiga-tiga projek ini sama pentingnya dan setiap projek dapat sambutan yang menggalakkan. Projek-projek ni berlangsung selama tiga hari. Bila aku bercerita tentang Kemboja kepada orang, ramai yang tanya, "Korang buat apa sebenarnya kat sana?". Briefly, aku cerita sikit.
Pertanian - kami buat baja kompos guna tahi lembu dan jerami serta kami buat batas dan tanam biji benih sayuran cepat tuai (kangkung, petola, kacang panjang, cili, etc.)
Kesihatan - kami buat basic health screening (bmi, tekanan darah tinggi dan gula dalam darah) untuk orang-orang tua dan rekod kesihatan tu pakcik2, makcik2, atuk2 dan nenek2 ni boleh refer kepada doktor di hospital kalau dia nak (x paksa sebab ramai orang di sana kurang berkemampuan).
Pendidikan - kami ajar budak-budak kampung basic ABCs, cara basuh tangan dan berus gigi dengan betul di samping kami sendiri belajar bahasa Khmer daripada budak-budak tu haha.

Hari pertama

 
Pertanian

 
Team kesihatan 

Najwa tu pendidikan, Piee tu menyibuk je haha

Hari keenam tamatlah projek-projek sekian ni. Kami bergotong-royong di kubur, minum air bandung yang sedap dan jumpa atuk lipan. Rehat dan kemudian yang perempuan tolong masak gulai lemak cili api telur itik dengan mangga muda yang sedap. Makan malam dan balik rumah tidur.

 
"Zu dan kawan-kawan Zu" kata Ammar

Hari ketujuh ialah hari terakhir kami di kampung. Pagi tu hujan dan kami breakfast lambat sikit sebab tunggu roti Perancis yang besar dan sedap (lagi haha). Dekat tengah hari, ada ucapan sikit, marhaban daripada kami dan kenduri untuk orang-orang kampung. Penutupnya, kami ambil gambar dengan banyak hihi. Selepas zohor, kami naik bas dan farewell Kampung Svay Pak. Muka orang-orang kampung sedih je dan ada pulak budak-budak yang menangis. Terkesan mungkin dengan program kami. Aku dapat rasa ramai daripada kami yang lega akhirnya dapat balik ke Phnom Penh. Petang tu kami tiba di Phnom Penh dan singgah makan di restoran Melayu. D' Nyonya Cuisine ke ape tah nama dia. Orang Melayu bukak cawangan di Kemboja. Tengok name card dia, ada cawangan lain di Vietnam dan Australia. Lepas tu balik hotel dan bosan. Malam tu kami berjalan kaki beramai-ramai dalam 13 orang sekitar bandar. Saja nak menghilangkan rasa bosan. Malam terakhir kami di Kemboja baru aku dapat tau dan faham yang Central Market tu sejengkal je dari hotel.


 
Siva tawar harga baik punya

Hari terakhir kami di Kemboja merupakan hari Isnin bertarikh 17 Jun 2013. Kami ke Russian Market untuk membeli-belah apa-apa yang patut. Dua jam dihabiskan. Aku sendiri pun x sempat beli banyak barang. Bila aku tengok Piee, lagi kesian. "Aku ada 6 benda kena beli untuk family". "Aku lagi lah!" kata Piee yang merupakan anak kelima (ke keenam, x ingat) daripada 11 orang adik-beradik. Hahaha. Kami ke Killing Field (Part 3) dan akhirnya, ke airport.

Ada satu perkara mutakhir yang aku boleh nyatakan tentang pencapaian program khidmat masyarakat ASPer 8 ke Kemboja ni. Program ni mencapai objektif dan terlaksana dengan jayanya. Aku rasa bangga dengan team Kemboja ni. Banyak publisiti yang kami dapat dan kebanyakannya dari TV3. Ada jugak published dalam Harian Metro. Dalam berkawan pulak, kami jadi rapat. Aku dapat teman bergelak ketawa Ammar, Siva, AP dan Tiq, aku jadi teman bertikam lidah Aizad (haha sori Tiq) selain mula berkawan dengan budak-budak yang x pernah borak pun sepanjang setahun asasi. Isu-isu yang boleh menimbulkan krisis pun dah dilupakan. Aku suka table talk. Serius suka sebab ko boleh cakap je apa yang ko x puas hati tanpa rasa takut atau malu.
Daripada ura-ura yang aku dengar daripada mulut Dr sendiri, mungkin program Kemboja ni akan jadi one of a kind. Interpret lah ikut makna ko sendiri, aku x nak sebar berita salah (kalau salah).


naik traktor kecik hehehe
 
 teman bergelak ketawa
 

tiba di Kolumpuq


p/s : banyak terhutang budi pada orang. aku tau diorang xkan baca ni, tapi terima kasih banyak-banyak cik akak cik abang.

Comments

Popular posts from this blog

How shallow can I be? Very.

2 years later

May was a total disaster