Untuk malam ini sahaja #8

Benarkan aku berbicara
Untuk malam ini sahaja.

Deruan hujan bukanlah titisan
Kerlipan kilat bukanlah mentari
Dentuman guruh sekadar peneman.

Malam ini
Kurasakan ruang-ruang kosong yang mengisi hati semakin jelas tiang-tiang serinya
Bilik-bilik suram yang menghuni teratak jiwa tiada berpenunggu
Alur-alur yang bertampungkan habuk dan debu
Nyata terdiam kaku.

Malam ini
Kusedari lengkok-lengkok hidup ini kian berpusar pada satu paksi
Jalan ini bukanlah lurus lagi malah bersimpang-siur
Sesat tanpa pedoman dan pimpinan.

Malam ini
Kuharap esok kan ketemu dikau yang jauh
Kan kukenali dikau yang misteri
Kuhadiahi pena buat mencoret
Sebaris hikmah rindu dalam warkah sayu
Pada yang mengerti.

Syzurya,
Seremban,
4 Mei 2017; 2.47 pagi.

Comments

Popular posts from this blog

2 years later

How shallow can I be? Very.

May was a total disaster