Thursday, May 25, 2017

Venting anger

Let me vent my anger here for a while as I find this medium the most suitable now.

Profesionalisme itu dipupuk sedari fasa hidup sebagai pelajar. Itu yg dinamakan belajar. Kalau salah, belajar yg betul. Kalau betul, ambil iktibar. Kalau tak tahu, tanya. Kalau tak suka, suarakan dengan betul.

Ada cara yg betul untuk suarakan ketidakpuasan diri, pandangan dan perbezaan pendapat. Cara ini dinamakan adab. Orang yg lebih tua dan majikan kau lebih-lebih lagi mesti nak yg terbaik dalam pekerjaan. Sampai bila nak gunakan alasan "introvert"? Lapuk dah wei.

Ni sampai mak aku pun tegur aku. Mak aku risau betul pasal kerja ni. Bodoh ke aku kalau tak reti nak sound kau? Aku pun bukan tak reti sebenarnya. Aku tak suka buang masa. Ego tak boleh usik.

Aku sangat tak suka apabila prestasi aku dikaitkan dengan orang lain secara profesional. Aku tahu cara aku bekerja. Aku tak kata aku mahir sebab aku masih belajar. Sekarang prestasi aku dikaitkan dengan kau yg memang tak ambil kisah langsung pada hemat aku. Seolah-olah aku terikat dengan kau. Apa sial? Nasib baik dia bijak nak bezakan aku dengan kau.

Berubahlah. Kalau dalam fasa ni semua orang yg berpangkat lebih tinggi tegur kau, cubalah fikir apa yg kurang betul tentang diri sendiri. Rendahkan ego tu untuk faham daripada perspektif orang lain. Ni asyik nak fikir perspektif kau je. Bagi aku tindakan ni pentingkan diri lah.

Dunia macam ni lah. Semua orang nak tahu apa yg dia nak tahu je. Kau pun nak buat apa yg kau nak buat je. Kau takde pulak tanya pandangan aku.

Kecoh ah lu. Lu yg setuju dulu.

Siapa suruh ikut aku. Kau nak ikut aku kau kejar. Aku takde masa nak usung kau. Aku cepat sedar lah. Aku sedih dan sakit hati juga tetapi aku takde masa nak melayan perasaan lah. Kau bukannya pertahankan aku pun dulu.

Grow up lah wei. Welcome to the career world where no one cares about your feelings.

"You cannot expect people would do good to you if you don't even treat them good."

No comments:

Post a Comment